Friday, May 23, 2008

Lisan 1 : KEGIATAN CUTI SEKOLAH

· Ceritakan cara-cara kamu menghabiskan masa cuti sekolah kamu?
· Apakah kegiatan cuti sekolah yang kamu gemari? Mengapa kamu memilih kegiatan itu?
· Pada pendapat kamu haruskah ibu bapa mengatur rancangan cuti sekolah untuk anak mereka . Mengapa?
· Remaja tidak tahu memanfaatkan masa cuti sekolah mereka. Adakah kamu setuju dengan pendapat ini?

5 comments:

Anonymous said...

-Biasanya saya akan bersukan seperti bermain bola sepak takraw dan bola sepak bersama kawan.Kadang-kala meluangkan masa bersama keluarga untuk mempereretkan hubungan keluarga.Memang saya kuat bermain tetapi saya tidak mengabaikan pelajaran.
-Kegiatan seperti bersukan kerana dgn ini boleh membuat saya lebih cergas daripada duduk lemah seperti org sakit.Ini juga boleh mempereratkan hubungan dgn kawan.
-Tidak,kerana dgn cara ini kami boleh berdikari.Ibu bapa hanya boleh membimbing.
-Tidak.kerana ini hanya segelintir remaja yg bersikap begitu.

Anonymous said...

Saya menghabiskan masa cuti sekolah saya dengan membuang masa di rumah dengan hanya menonton television,bermain alat video dan mendengar radio.Saya juga akan keluar dengan teman-teman untuk berjalan-jalan ataupun bermain bola di bawah blok ataupun di padang.

Kegiatan cuti sekolah yang saya gemari ialah bermain bola.Ini kerana daripada saya berbaring-baring di rumah,lebih baik jika saya melakukan aktiviti-aktiviti sedemikian yang membuat saya lebih aktiv,sihat dan kuat.

Tidak.Ibu bapa tidak harus mengatur rancangan cuti sekolah untuk anak mereka kerana anak-anak harus pandai berdikari.Tetapi jika ibubapa tidak mengatur rancangan cuti sekolah,anak mereka akan lebih membuang masa daripada mengulangkaji pelajarannya.

Ya.Saya setuju dengan pendapat ini kerana remaja-remaja sekarang lebih gemar keluar dan melakukan kerja-kerja yang tidak mendatangkan faedah.Mereka tidak akan mengulangkaji pelajaran mereka.Mereka hanya akan mengulangkaji jika peperiksaan mereka akan bermula esok.Tetapi,terdapat juga segelintir yang menggunakan hari cuti sekolah itu dengan baik.Dia akan melakukan segala kerja sekolah dan akan mengulangkaji pelajarannya.

Anonymous said...

Saya menghabiskan masa cuti sekolah saya sepenuhnya dengan bekerja sambilan di sebuah syarikat agensi pelancongan.Saya mempelajari banyak perkara yang memanfaatkan untuk diri saya sepanjang saya bekerja di situ.Saya telah menjadi seorang yang lebih positif,yakin,berwibawa,cara perbualan yang lebih konfiden dan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.Selain itu,saya juga banyak manghabiskan masa saya dengan mungulangkaji pelajaran dan beriadah bersama keluarga dan sanak-saudara.Salah satu kegiatan yang saya gemari adalah berenang.Berenang adalah satu senaman yg berkesan.Ia dapat menegangkan otot-otot yg lemah supaya kita lebih ceria,kuat dan sihat.Ibu bapa tidak harus sepenuhnya mengawal atau mengatur rancangan cuti sekolah anak mereka kerana ini boleh menyebabkan anak-anak ini merasa diri mereka terkongkong.Memang benar ada segelintir remaja yang tidak tahu memanfaatkan masa cuti sekolah mereka.Masalah ini boleh disekang dengan adanya lebih banyak galakkan kegiatan kemasyarakatan dan kebajikan di singapura.

cg sunita said...

Abu, cikgu berharap agar kamu memperluaskan isi lagi bagi soalan yang terakhir. Kamu boleh memberikan contoh-contoh apa yang sering dilakukan oleh remaja. Dengan berbuat begitu, kamu boleh meraih markah dengan lebih banyak lagi.

Bagi Sharil dan Aishah, kamu berdua telah mengupas tajuk dengan baik. Contoh-contoh yang diberikan juga munasabah. Syabas saya ucapkan.

Anonymous said...

-pada saya,mengabiskan masa cuti sekolah dangan cara mempelajari kerja sekolah saya.kalau sudah selesai saya akan membaca buku cerita untuk membaiki bahasa saya yang lemah
-kegiatan yang saya gemari ialah bersukan seperti berjogging bersama rakan saya.
-tidak.kerana bukan banyak ibubapa yang tidak tahu apa rancangan yang sesuai untuk anak mereka kerana selalu berkerja.ini untuk ibubapa yang selalu berkerja..
-tidak,cuma sedikit remaja yang tahu menghargai masa cuti mereka..