Friday, May 23, 2008

Lisan 4 : BINATANG KESAYANGAN

· Mengapakah ramai orang suka membela binatang kesayangan?
· Jika diberi kesempatan untuk memilih binatang kesayangan, binatang apakah yang ingin kamu pelihara?. Mengapa?
· Jelaskan sikap yang perlu ada dalam diri seseorang untuk menjadi pemilik binatang kesayangan yang baik.
· Masyarakat Singapura kurang prihatin terhadap binatang kesayangan mereka. Setujukah kamu dengan pendapat ini? Jelaskan.

9 comments:

Anonymous said...

ramai orang suka membela binatang kesayangan kerana ia adalah tampat kita bermesra dan bermanja.ia juga adalah tempat di mana kita meluahkan perasaan untuk mengubati hati yang berkecamuk dengan perasaan sedih dan gelisah...

Anonymous said...

- sudah pasti kucing parsi kerana bulunya yang tebal dan kelihatan comel serta warna keputihan...

- sayang-menyayangi, kesabaran, bertanggung jawab dan ikhlas untuk menjaganya...

- ya kerana mengikut ilham dan pengalaman saya,manusia semakin asyik dengan dunia teknologi dan tiada masa untuk memelihara binatang...

Anonymous said...

-Pada pendapat saya ialah mungkin seseorang itu membela binatang kerana ingin mengisi kekosongan mereka atau memangnya seseorang itu suka kepada binatang.
-Saya ingin memelihara anjing seperti anjing polis.Kerana ia bijak dan boleh mempertahankan kamu.Tapi apakah daya umat islam tidak boleh memelihara anjing.
-Seseorang itu harus bertanggungjawab dan penyayang.

Anonymous said...

1) Ramai orang suka membela binatang kesayangan kerana binatang itulah teman mereka jikalau kawan dan keluarga mereka sedang sibuk. Walaupun binatang tidak memahami apa yang kita berbual, tetapi kami akan berasa lega kerana perasaan kita tidak tersimpan didalam hati.

2) Saya ingin memilih seekor kucing. Saya ingin memilih seekor kucing kerana ia sangat comel dan pada pendapat saya, kucing adalah salah satu binatang yang paling senang untuk dijaga. Kucing juga boleh dibawa tidur bersama kami seperti 'Teddy Bear'.

3) Sikap yang diperlukan adalah sikap yang rajin, penyabar, penyayang dan bertanggungjawab. Jikalau sikap ini tidak ada dalam diri seseorang itu, maka binatang yang dipelihara itu akan berasa terseksa.

4) Saya tidak setuju sepenuhnya. Ada pemilik binatang yang sangat sayang pada binatang kesayang mereka. Pemilik akan memberi makan yang cukup dan akan memberi perihatian pada binatang kesayangan mereka seperti abang saya. Oleh kerana ini, kucingnya sangat menyayanginya. Tetapi, ada juga yang menganggap binatang kesayangan seperti mainan. Apabila sudah bosan dengan binatang itu, pemilik akan jauhi dirinya dari binatang kesayangan itu.

Anonymous said...

Ramai orang suka membela binatang kesayangan kerana haiwan-haiwan ini amat comel dan menarik.Saya sebagai seorang pembela binatang-binatang seperti tikus dan kucing,memelihara ia kerana ia amat comel dan saya dapat bermain dengan mereka ketika saya sedang bosan ataupun keseorangan di rumah.Mungkin saya memeliharanya oleh kerana rasa kekesongan dalam diri saya.Tetapi,saya juga amat meminati haiwan tersebut.

Binatang yang ingin saya pelihara ialah 'racoon' dan tupai.Saya ingin memelihara 'racoon' kerana ia agak comel dan menarik.Ia juga dikenali sebagai perompak oleh kerana rupanya yang terdapat bulu hitam di daerah matanya.Saya juga ingin memelihara tupai kerana ia juga amat comel dan ekornya yang menarik.Tambahan lagi,tupai amat comel apabila ia di atas pokok sedabg berdiri dan memegang sebiji kacang di tangannya.Bayangkan.

Sikap yang perlu ada dalam diri seorang untuk menjadi pemilik binatang kesayangan yang baik ialah sikap bertangungjawab dan penyabar.Seseorang pemilik haiwan itu harus bertanggungjawab akan keselamatan dan kebaikkan haiwan tersebut.Pemilik itu juga harus bersabar walaupun haiwan tersebut memecahkan barangan di rumah atau merosakkan barangan di rumah.Seseorang pemilik itu juga harus pandai membahagikan masa antara kerja dan haiwan tersebut.Jika pemilik itu terlalu mementingkan kerjanya,haiwan tersebut akan diabaikan dan boleh menyebabkan ia berasa keseorangan dan tidak dihargai.Haiwan tersebut mungkin lari rumah kerana sedang sedih.Haiwan juga mempunyai perasaan seperti maunsia biasa.Pemilik juga harus ada batasan umur kerana jika pemilik itu usianya terlalu muda,ia akan mungkin menganiaya haiwan itu hinggakan ia tercedera ataupun maut.

Ya.Masyarakat Singapura kurang prihatin terhadap binatang kesayangan mereka kerana ada pemilik yang membebaskannya jika dia sudah malas hendak memeliharanya atupun haiwan itu menyebabkan masalah kepada pemilik itu.Terdapat juga haiwan-haiwan seperti kucing yang dianiaya orang hinggakan ia mati dan ini pernah disiarkan di akhbar.

Anonymous said...

Ramai orang suka membela binatang kesayangan kerana, pada pendapat saya ialah, binatang-binatang ini adalah salah satunya yang kita boleh melepaskan kasih sayang kita dengan sepenuhnya. Binatang kesayangan ini juga sungguh comel sekali bagi mata yang memandangnya. Jikalau kita mempunyai rahsia, ataupun bosan, kita lebih suka berbual dengan binatang yang kita kesayangi. Kita tidak berasa takut akan rahsia kita terbongkar and disuruh mendiamkan diri.

Jika saya diberi kesempatan untuk memilih binatang kesayangan, saya akan memilih arnab. Arnab yang mempunyai bulu yang lembut, dan montel sedikit. Ini kerana, arnab tersebut akan kelihat comel sekali bagi saya.

Sikap yang perlu ada dalam diri seseorang untuk menjadi pemilik binatang kesayangan yang baik ialah, rajin, supaya tidak malas untuk memberi makan kepada binatang kesayangan, memandikannya setiap hari dan membersihkan kandang binatang kesayangan tersebut. Sayang menyayang terhadap binatang kesayangan mereka.

Saya setuju masyarakat Singapura kurang prihatin terhadap binatang kesayangan mereka. Ini kerana, kini lebih ramai binatang telah dilepaskan di tepi jalan, dan ada juga diseksa oleh penjaganya sendiri. Ada kalangan masyarakat juga sibuk bekerja siang dan malam sehingga tidak mempunyai masa untuk meluangkan masa bagi binatang kesayangan seperti, memberi mereka makan ataupun kasih sayang yang mereka perlukan. Dengan ini saya setuju bahawa masyarakat singapura kurang prihatin terhadap binatang kesayangan mereka.

Anonymous said...

-kerana bukan semua orang ada kawan jadi yang segelintir orang itu menggunakan binatang haiwan seperti,kucing,anjing,kura-kura sebagai 'kawan' kesayangan mereka.
-saya sudah lama mahu seekor kucing kerana saya lihat mereka sangat comel.dan mahu mencubit pipi binatang itu..kerana iaa sannggat COMEL :)
-mereka harus bertanggungjawab terhadap pemakanan mereka setiap hari kerana sekarang banyak kes tentang orang yang pelihara binatang tidak menjaga peliharan binatang mereka dengan baik.ini mengakibat binatang cepat mati
-ya.seperti yang saya sudah di catat di atas,mereka hanya hendak memelihara binatang ini tetapi tidak bertanggungjawab..

cg sunita said...

Kepada Abu, Eshaq dan Anugerah.....sila perluas isi lisan dengan memberi contoh-contoh yang baik. Sila rujuk jawapan Sharil dan Aidillah bagi jawapan yang baik.

Anonymous said...

Ramai orang suka membela binatang kerana ia adalah daya tarikkan untuk manusia untuk bermanja dengan sesuatu.Seperti mainan patung untuk dimain dan bermanja tetapi ia tidak mempunyai kehidupan untuk bermaja balik kepade kita.Haiwan ataupun binatang mempunyai kehidupan yang boleh memanjakan diri kepada kita.Ini yang diharapkan oleh oranag ramai.

binatang yang saya ingin untuk pelihara adalah Kuching.Saya memilih kuching kerana mereka sangat comel dan sangat manja.Meraka sellau menjadi daya tarikkan kepada orang ramai kerna terlalu manja dan comel.Kuching sellau bermanja dengan orang.Ini membuat orang suka dengan kuching daripade binatang - binatang yang lain.

seseorang itu harus mempunyai sikap-sikap yang bertanggungjawap kerana meraka harus menjaga binatang mereka dari kecil hingga ke tua..........

sambung-