Friday, May 23, 2008

Selamat Bercuti....

Para pelajar yang dikasihi...

Saya dan cikgu Zaetun berharap agar kalian semua memanfaatkan masa cuti sekolah kamu dengan baik.
Di blog ini, cikgu akan senaraikan sebanyak 10 topik lisan. Kamu dikehendaki untuk memilih sebanyak 1 topik lisan setiap minggu dan berikan komen-komen kamu. Pada akhir cuti sekolah ini, kamu telah pun menyelesaikan 4 topik lisan.

Cikgu juga akan muat naik teks bacaan untuk kamu baca pada minggu 2 cuti sekolah nanti. Kamu dikehendaki untuk membaca teks tersebut dan merakamkannya di dalam telefon bimbit kamu. Namakan rakaman kamu itu sebagai Teks#__(Nama Kamu). Setelah itu, kamu dikehendaki untuk menghantar rakaman kamu di emel berikut.

Pelajar Menengah 4 Ekspres, sila emel kepada Cikgu Zaetun di zaetun_abbas@moe.edu.sg

Pelajar Menengah 5 Normal Akademik, sila emel kepada Cikgu Sunita di sunitasaid@gmail.com


Ingat peperiksaan lisan kamu akan bermula pada penggal 3 nanti. Selamat Bercuti.

No comments: