Monday, May 26, 2008

Lisan 8 : KERJA SUKARELA

· Terangkan pengalaman kamu membuat kerja sukarela.
· Apakah manfaat yang dapat diraih dengan melakukan kerja sukarela?
· Pada pendapat kamu, bagaimanakah para remaja dapat digalakkan untuk melakukan kerja sukarela?
· Remaja Singapura bersedia menyumbang kepada masyarakat. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Jelaskan.

8 comments:

Anonymous said...

Bila saya membuat kerja sukarelawan
saya rasa bahagia kerana untuk menolong orang yang kurang nasib baik.
saya rasa bersyukur untuk ada keselesaan yang ada tidak akan dapat merasai.pada pendapat saya remaja bole hantar makanan kepada orang yang miskin atau menderma. saya rasa bila remaje ada banyak masa lapang dan hati yang baik mereka bersedia untuk menyumbang kapada masyarakat.

ADI 5A2

Anonymous said...

Pengalaman membuat kerja sukarela yg saya raih ialah apabila saya serta rakan-rakan sekelas telah menghantar makanan ke rumah orang2 tua di sekitar estet perumahan di Toa Payoh.Saya berasa amat puas da gembira kerana saya telah berbakti dan berjasa kepada mereka yang kurang keupayaan ini dan sedikit sebanyak meringankan beban mereka.Senyuman yang diukir menamparkan bahawa saya telah menjalankan tanggungjawab saya dengan sempurna.Para remaja harus lebih banyak melibatkan diri mereka dengan kerja kebajikan kerana ia dapat menanam sifat keharmonian,keinsanan dan keikhlasan dalam diri setiap individu.

Anonymous said...

Pengalaman membuat kerja sukarela yg saya raih ialah apabila saya serta rakan-rakan sekelas telah menghantar makanan ke rumah orang2 tua di sekitar estet perumahan di Toa Payoh.Saya berasa pelbagai perasaan iaitu gembira kerana saya telah menolong orang lain dan sedih kerana ada anak di dalam dunia ini mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapanya.Ya kerana remaja sekarang sanggup mengambil cabaran dan rintangan.

Anonymous said...

Pengalaman saya semasa membuat kerja sukarelawan ialah penat dan susah kerana kami perlu menghantar makanan-makanan kepada warga-warga orang tua di sesuatu tempat.Pergi ke tempat yang kami tidak pernah pergi, kami boleh sesat dengan senang tetapi in semua tidak penting. Kerana apa yang kira ialah kami membuat kerja sukarelawan ini dengan iklhas.

Mafaat yang saya dapat diraih dengan melakukan kerja sukarelawan ialah dapat mempelajari perkara-perkara baru seperti tempat-tempat yang kami tidak pernah tahui dan membuat kawan baru semasa membuat kerja-kerja sukarelawan.

Pada pendapat saya, para remaja dapat digalakkan untuk melakukan kerja sukarela dengan mengadakan kerja-kerja sukarela yang meminati mereka atau sesuatu yang baru yang mereka tidak pernah dengari.

Saya tidak setuju bahawa remaja bersedia menyumbang kepada masyarakat kerana remaja-remaja lagi rela berkeluar dengan kawan-kawan mereka dan membuang masa dengan membuat sesuatu yang tak berfaedah seperti berlepak di bawa kolong blok, berjalan-jalan di town-town daripada menyumbang kepada masyarakat yang akan membuat mereka bosan dan penat.

Anonymous said...

1) Pengalaman semasa saya membuat kerja sukarela adalah satu pengalaman yang sangat memuaskan hati dan berasa sangat berguna kepada masyarakat. INi kerana apabila saya membuat kerja sukarela ini, pada lewat hari, saya akan berasa yang saya telah membuat sesuatu untuk masyarakat dan ia amat memuaskan hati saya.

2) Saya dapat meraih manfaat yang bagus. Saya mengetahui bagaimana kehidupan orang-orang tua yang tiada keluarga atau saudara-mara untuk menjaga mereka. Saya dapat melihat kepiluan yang terpapar di mata mereka. Ia membuka mata saya supaya saya tidak akan mengabaikan tanggungjawab saya kepada ibubapa saya. Saya tidak mahu mereka menderita dan dipenuhi dengan kepiluan.

3) Para remaja dapat digalakkan dengan menunjuk mereka kenapa mereka harus menolong untuk membuat kerja sukarela. Guru-guru harus menunjuk murid-murid gambar-gambar orang yang perlukan petolongan. Dengan cara ini, pelajar akan berasa simpati dan akan mempunyai semangat untuk menolong kerja sukarela ini.

4) Saya setuju kerana, dari pengalaman saya, apabila sekolah saya disuruh untuk membuat kerja sukarela, kebanyakan tidak akan menyungut. Mereka akan membuat kerja itu dengat sepenuh hati dan mereka sangat bertanggungjawab apabila melakukan kerja sukarela itu.

Anonymous said...

Saya harus menghantar makanan kepada orang tua di Toa Payoh.Kita harus menghantar makanan itu ke rumah yang diarahkan.Walaupun dibekalkan peta,kita boleh sesat.Kita harus bertanya orang untuk mendapatkan lokasi blok yang dituju.

Kita akan dapat pengalaman melihat kehidupan orang lain yang susah,dengan itu kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada.Kita fikir yang kita ada masalah tetapi orng lain ada masalah lebih teruk.

Pihak sekolah boleh memberi murid peluang untuk mememilih kerja sukarela yang mereka suka.

Saya tidak setuju kerana remaja terlelu stres dengan pelajaran mereka dan tidak ada masa untuk membuat kerja sukarelawan.Remaja juga ada masalah sendiri.

Anonymous said...

yang kat atas saya punya(syafiq)

Anonymous said...

-Pengalaman yang saya meliliki adlah mengantar bungus-bungkus nasi dan lauk kepada orang tua di toa payoh
-seperti lebih ikhlas,tahu tentang kehidupan orang-orang yang tidak bernasib baik dari kita
-mereka harus terbiah dengan kerja sukarelawan ini..kerana zaman sekarang para pelajar tidak berkerja keras untuk mengetahui tentang ini semua
-ya..kerana mereka telah dilatih di sekolah dari guru-guru.dan saya rasa mereka akan menjadi lebih sedia pada masa yang akan datang