Monday, May 26, 2008

Lisan 7 : RAKAN

· Ceritakan keistimewaan yang ada pada seorang rakan kamu?
· Mengapakah kemu selesa berkawan dengannya?
· Pada pendapat kamu, apakah ciri-ciri yang harus ada pada seseorang rakan?
· Rakan-rakan lebih mudah diajak berunding daripada ibu bapa. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Jelaskan.

6 comments:

Anonymous said...

Keistimewaan kawan saya ialah gurau sendanya yang dapat menghiburkan hati rakan2 yg lain termasuk saya.tidak sangka juga dia dpt memikat seorang gadis dgn gurau sendanya.
-Dia senang untuk berbual bersama,seorang peramah.Dan dia adalah kawan sejati.
-Tahu mengambil hati seseorang itu,tidak melukakan ati kawannya,bertutur dgn rendah dan mempunyai ati yg ikhlas.
-Entah ya,pada pendapat saya kedua-dua senang di bawa runding

Anonymous said...

-seseorg rakan baik ialah,dia tidak semestinya perlu ada keistimewaan...tetapi kalau kawan itu baik hati dan ikhlas..dia adalah seorg yg baik

-kerana dia menjaga hati saya

-dia seharus mengada ciri2 konfident

-setuju..kerana sebagai rakan,kami boleh membuka percakapan kami dengan rakan daripada ibubapa

Anonymous said...

- keistimewaannya ialah berkebolehan untuk memetik gitar secara profesional.beliau bole mengubah dan membuat lagu sendiri..

- beliau tidak sombong dan kemut untuk mengajar saya bermain gitar.beliau juga boleh bermain dengan menutup matanya...

- ciri-ciri seperti setia, tidak menyinggungkan perasaan dan keikhlasan untuk berkawan tanpa sebab untuk mendapatkan keuntungan...

- ya kerana orang tua saya tidak ada masa untuk berinteraksi sementara di skola,kita dapat bergaul dan menguatkan silatul rahim...

Anonymous said...

1) Keistimewaan yang ada pada kawan saya ialah dia seorang yang memahami saya. Jikalau saya mempunyai masalah, dialah yang saya akan memcari. Dia sangat prihatin kepada saya dan perasaan saya.

2) Saya selesa berkawan dengan dia kerana dia seseorang yang saya senang untuk berbual bersama dan dia tidak akan pernah padang rendah terhadap saya.

3) Ciri-ciri yang harus ada pada seseorang rakan ialah dia harus memahami rakan-rakannya, dia harus percaya kepada rakannya, dia tidak harus pandang rendah pada sesiapa pun, dia harus ikhlas jikalau ingin menjadi rakan seseorang dan bukan kerana harta atau status seseorang itu, dia harus bersabar dan dia harus rela untuk menghadapi cabaran dengan rakannya.

4)Saya setuju kerana ibubapa selalu sibuk dengan perkara mereka sendiri dan tidak semua yang boleh diceritakan bersama ibubapa. Manakala, jikalau dengan kawan, mereka sanggup mendengar dan selalu akan berada disitu apabila saya perlukan teman untuk berbual bersama. Ibubapa memang akan mendengar tetapi setengah dari masa itu, saya berasa seperti mereka tidak memahami apa yang saya sedang berbual.

Anonymous said...

Keistimewaan kawan saya ialah,dia boleh membuat orang ketawa.Apabila orang berbual dengannya dia akan membuat lawak.

Saya selesa bersamanya kerana saya boleh menceritakan tentang masalah saya dan dia memberitahu bagaimana untuk selesainya.

Seorang rakan harus ada hormat untuk rakannya.Dia juga seorang yang memahami perasaan rakannya,tidak menyakiti hati orang lain.

Saya setuju kerana kawan lebih memahami keadaan kita kerana kita mengalami benda yang sama.Tetapi mereka kurang pengalaman dibandingkan orang tua kita,dan kawan akan memberi nasihat yang kurang tepat.Orang tua kita mungkin tidak faham kerana apa yang mereka lalui lain dengan generasi kita.

Anonymous said...

keistimawaan yang ada pada seorang rakan saya ialah, dia seorang yang baik, dia juga selalu meletakkan diri orang lain sebelumnya itulah yang membuatnya istimewa kepada saya.

Saya selesa berkawan dengannya kerana mungkin kami sudah lama berkawan semenjak sekolah rendah atau kami saling mempercayai satu sama lain. Kami sering membantu satu sama lain dalam kesusahan dan proses membantu satu sama lain mungkin juga menolong kami dalam mempercayai satu sama lain dan inilah yang mungkin membuat saya selesa berkawan dengannya

Ciri-ciri yang harus ada pada seseorang rakan ialah mereka harus mempercayai, membantu dan memahami satu sama lain.Kami mesti ada kepercayaan untuk membuat sesuatu.Juga dengan mempercayai satu sama lain ia akan menuju dalam memahami dalam satu sama lain dan juga menuju dalam membantu satu sama lain.

Saya setuju dengan pernyataan ini. Rakan-rakan lebih mudah diajak berunding daripada ibu bapa kerana mungkin ibu bapa yang mengawal kami dan membuat kami takut kepadanya.Kalau berbanding dengan rakan-rakan mereka tidak mengawal kami semenjak kami masih kecil dan kami berasa amat selesa dengan mereka dan senang diajak lalu itulah rakan-rakan mudah diajak berunding daripada ibu bapa.