Wednesday, July 16, 2008

Kepentingan Pendidikan

  1. Apakah mata pelajaran yang kamu minat? Mengapa?
  2. Para pelajar perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Mengapa?
  3. Jelaskan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang menyeluruh, bukan sahaja dalam bidang akademik.
  4. Pelajaran penting bagi meningkatkan taraf kehidupan. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Mengapa?

Sifat-sifat mulia

  1. Nyatakan sifat-sifat mulia yang ada dalam diri orang-orang yang kamu kenali.
  2. Mengapakah memiliki sifat-sifat mulia yang kamu sebutkan itu penting?
  3. Bagaimanakah sifat-sifat mulia dapat diterapkan dalam diri setiap orang?
  4. Sifat-sifat mulia semakin berkurang dalam masyarakat hari ni kerana mereka bersifat materialistik. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Mengapa?

Budaya

  1. Berikan contoh-contoh budaya masyarakat kamu.
  2. Mengapakah kita perlu mempertahankan budaya kita?
  3. Bagaimanakah kita dapat menggalakkan remaja untuk meminati budaya masyarakat mereka sendiri?
  4. Remaja hari ini lebih mengutamakan budaya barat daripada budaya mereka sendiri. Setujukah kamu dengan pernyataan ini?

Tuesday, July 8, 2008

Bacaan

  1. Apakah bahan bacaan yang sering kamu baca? Mengapa?
  2. Selain buku-buku sekolah, perlukah seseorang remaja membaca pelbagai bahan bacaan lain? Mengapa?
  3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan seseorang remaja minat membaca?
  4. Membaca jamabatan ilmu. Berikan pendapat kamu.

Thursday, July 3, 2008

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI INTERNET

  1. Apakah kemudahan-kemudahan/fungsi-fungsi di Internet yang selalu kamu gunakan?
  2. Fungsi/Kemudahan mana yang paling popular sekarang? Mengapa?
  3. Terangkan baik buruk fungsi/kemudahan tersebut.
  4. Kita harus menjadi pengguna Internet yang bijak. Berikan pendapat kamu.

Oleh Cikgu Zaetun Abbas

Sekolah Menengah Sembawang

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN TERKINI DI PERPUSTAKAAN / AMALAN MEMBACA

  1. Nyatakan kemudahan –kemudahan terkini yang disediakan di perpustakaan-perpustakaan di negara kita.
  2. Bagaimanakah kamu memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan di perpustakaan?
  3. Adakah kemudahan-kemudahan yang lebih canggih dan selesa akan menggalakkan ramai orang membaca?
  4. Membaca kunci ilmu pengetahuan. Berikan pendapat kamu?

oleh Cikgu Zaetun Abbas

Sekolah Menengah Sembawang

KESELAMATAN DI JALAN RAYA

  1. Ceritakan satu laporan akhbar yang pernah kamu baca tentang penunggang motorsikal muda yang maut akibat kemalangan di jalan raya.
  2. Terangkan punca-punca yang mungkin menyebabkan kemalangan di jalan raya.
  3. Apakah langkah-langkah yang harus diambil untuk mengelakkan berlakunya kemalangan di jalan raya?
  4. Ungkapan ’ Biar lambat asal selamat’ selalu kita dengar. Berikan pendapat kamu tentang ungkapan ini berhubungan dengan keselamatan di jalan raya.

oleh Cikgu Zaetun Abbas

Sekolah Menengah Sembawang

PROGRAM PENGLIBATAN DALAM MASYARAKAT

  1. Nyatakan beberapa program penglibatan dalam masyarakat yang kamu tahu.
  2. Mengapakah banyak sekolah sekarang mengadakan program ini di luar negara.
  3. Jika kamu diberi peluang, apakah program penglibatan masyarakat yang ingin kamu lakukan di luar negara? Mengapa?
  4. Program Penglibatan Dalam Masyarakat di luar negara membuat kita lebih bersyukur dengan keadaan hidup di Singapura. Setujukah kamu dengan pernyataan ini. Jelaskan.

oleh Cikgu Zaetun Abbas

Sekolah Menengah Sembawang

PROGRAM PERTUKARAN / DARMAWISATA KE LUAR NEGARA

  1. Apakah program-program baru yang diadakan di sekolah-sekolah untuk memperkayakan pengalaman pelajar?
  2. Terangkan kebaikan program pertukaran / darmawisata ke luar negara.
  3. Jika kamu diberi peluang, negara manakah yang ingin kamu lawati? Mengapa?
  4. Program Pertukaran / Darmawisata ke luar negara menjadikan para pelajar lebih matang/bersyukur dengan keadaan hidup di Singapura? Berikan pendapat kamu.

Oleh Cikgu Zaetun Abbas

Sekolah Menengah Sembawang

PEMULIHARAAN ALAM / PENCEMARAN ALAM / PEMANASAN GLOBAL

  1. Berikan contoh-contoh pencemaran alam.
  2. Apakah usaha-usaha yang dijalankan untuk memulihara alam.
  3. Bagaimana kamu dapat memainkan peranan untuk memulihara alam?
  4. Tanggungjawab memelihara alam adalah di tangan setiap individu / badan-badan tertentu? Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Jelaskan

Oleh Cikgu Zaetun Abbas

Sekolah Menengah Sembawang

Nota Lisan 3 : KEMUDAHAN INTERNET

Pengenalan Kepada Internet
- Internet adalah singkatan kepada “International Networking”.
- Internet adalah kumpulan atau jaringan komputer yang terdapat diseluruh dunia.
- Internet adalah satu kemudahan yang membolehkan kita mendapatkan maklumat serta dapat berkomunikasi
dengan segera.
- Sehingga sekarang, dianggarkan terdapat lebih dari 50,000 jaringan dengan 50 juta alamat diseluruh dunia.
- Internet juga biasa disebut sebagai ruang maya (cyberspace).
Kelebihan Internet
- Banyak kegunaan yang menguntungkan yang boleh diperolehi dari internet dalam semua bidang, antaranya :
i. Maklumat yang didapati adalah lebih cepat dan murah.
ii. Mengurangkan kos kertas dan pemasaran.
iii. Menjadi media promosi.
iv. Komunikasi interaktif.
v. Sebagai alat penyelidikan dan pembangunan.
vi. Pertukaran data.
Aplikasi perkhidmatan internet yang popular
- World Wide Web (WWW)
- Mel Elektronik (email)
- Newgroups atau Bulletin Board
- Perbualan teks talian terus atau chatting.
- Video Conference
- Download dan Upload file menggunakan FTP / muat turun / muat naik fail
- E-commerce atau e-dagang
- Diari Maya atau Blogging

Oleh Cikgu Zaetun Abbas
Sekolah Menengah Sembawang

Nota Lisan 2 : KESELAMATAN DI JALAN RAYA

8 Petua Keselamatan Jalan Raya
1. Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

SINGAPURA
Langkah baru LTA(Land Transport Authority) pertingkat keselamatan jalan raya
Tahap perintis berlangsung enam bulan, akan diperluas jika berkesan
By Soraya Salim
EMPAT inisiatif baru telah diperkenalkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya.
Inisiatif tersebut sedang dijalankan di tahap perintis selama enam bulan, dan jika didapati berkesan akan dilaksanakan di lebih banyak lokasi.
Antaranya termasuk sebuah alat paparan elektronik yang menunjukkan pemandu jika mereka melebihi had kelajuan.
Inisiatif 'Tanda Kelajuan Anda' (Your Speed Sign) itu mula dilaksanakan semalam di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menghala ke Changi, di jalan keluar Bedok North Road.
Angka kelajuan di papan tanda elektronik itu akan berkelip-kelip jika pemandu didapati memandu terlalu laju.
Papan-papan tanda itu akan turut dipasang di Tampines Avenue 5 menghala ke jalan masuk PIE (Tuas) dan Ekspreswe Seletar (SLE) menghala ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE), di jalan keluar Yishun, pada Julai ini.
Dalam satu sidang akhbar di pejabat LTA semalam, Ketua Unit Kejuruteraan Keselamatan Jalan Raya, Encik Ho Seng Tim, berkata ketiga-tiga lokasi itu merupakan lokasi 'titik hitam' kerana mempunyai kejadian kemalangan yang tinggi.
Satu lagi inisiatif yang bertujuan mengingatkan pemandu untuk mengurangkan kelajuan kenderaan mereka ialah 'Tanda-Tanda Memperlahankan Trafik' (Traffic Calming Markings).
Ini merupakan tanda-tanda putih segi tiga di tepi jalan yang mempunyai kesan memperlahankan kenderaan.
Inisiatif itu telah pun dimulakan Khamis lalu di Eng Neo Avenue menghala ke PIE (Tuas), Bukit Batok East Avenue 5 dan Dairy Farm Road.
Sementara itu, dua lagi inisiatif yang diperkenalkan turut memanfaatkan para pejalan kaki.
Dua ikon tiga segi dicat di jalan raya sebagai peringatan kepada pemandu bahawa terdapat lintasan zebra di hadapan.
Ikon-ikon itu telah dilaksanakan di tiga lokasi pada 1 April lalu.
Terakhir sekali, garisan menyeberang terputus (dashed lines) telah dilaksanakan di Jalan Eunos/Sims Avenue/Sims Avenue East.
Ini akan memberi perbandingan lebih baik dalam membezakan antara kawasan menyeberang pejalan kaki dengan garisan hentian kenderaan.
Mengulas, Ketua Pengarah, Operasi Jalan Raya dan Kerjasama Masyarakat LTA, Dr Chin Kian Keong, berkata:
'LTA sentiasa prihatin tentang peri perlunya memastikan jalan raya kita selamat.
'Sementara kami telah melaksanakan pelbagai alat keselamatan di jalan raya. Inisiatif-inisiatif baru ini adalah untuk memastikan jalan raya lebih selamat lagi.'

Penggunaan Tali Pinggang Keledar Di Bas-Bas Sekolah
Mei 6, 2008

Tidak lama lagi, semua penumpang bas-bas dan van sekolah setempat mungkin akan diwajibkan memakai tali pinggang keledar. Apakah ini akan menjadi satu titik tolak dalam mengubah pandangan masyarakat terhadap keselamatan dalam kenderaan? Encik Ahmad Ibrahim, bapa kepada tiga orang anak, memberikan pandangannya mengenai usulan dalam mewajibkan bas-bas serta van sekolah untuk memasang tali pinggang keledar. Penggunaan tali keledar di dalam bas sekolah mendapat perhatian ramai setelah seorang budak lelaki meninggal dunia apabila tercampak keluar dari van sekolahnya yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Namun, dengan Kementerian Pengangkutan MOT kini sedang meninjau kemungkinan dalam melaksanakan usulan tersebut, sejauh manakah semua pihak yang terlibat akan bekerjasama dalam melaksanakan langkah yang bakal dikuatkuasakan ini? Encik Roslan Kassim, pemilik syarikat pengendali pengangkutan, Magma Transport, yang menyediakan khidmat untuk kanak-kanak pra sekolah di Masjid Al-Iman. Walau bagaimanapun, bagi Encik Ahmad Ibrahim, jumlah peningkatan tambang yuran bas sekolah haruslah berpatutan. Sehingga keputusan muktamad dicapai, pihak berkuasa akan meningkat pendidikan awam untuk menekankan pentingnya kanak-kanak menggunakan tali pinggang keledar apabila berada di dalam kenderaan. Menurut Komander Polis Trafik, Christopher Ng, masih terdapat ibu bapa yang tidak memastikan keselamatan anak-anak mereka semasa di dalam kenderaan. Encik Ahmad Ibrahim, bapa kepada tiga orang anak kecil. Justeru, dengan tidak ramai ibu bapa yang mengutamakan mewajibkan anak-anak untuk menggunakan tali pinggang keledar, apakah tanggung jawab itu harus diletak kepada para pengendali syarikat pengangkutan? Encik Roslan Kassim, pemilik syarikat pengendali pengangkutan, Magma Transport. Namun, bagi Encik Ahmad Ibrahim, ia tetap adalah tanggung jawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka untuk menggunakan tali pinggang keledar sekiranya usulan tersebut dikuat kuasakan. Encik Ahmad Ibrahim, bapa kepada tiga orang anak. Di kalangan negara-negara maju, Singapura mempunyai rekod antara yang paling teruk dalam jumlah kemalangan jalan raya. Dengan satu kemalangan dijangka berlaku pada setiap jam, setiap hari, usulan untuk mewajibkan bas-bas serta van sekolah untuk memasang tali pinggang keledar merupakan suatu langkah pencegahan yang penting dalam memastikan keselamatan anak-anak kita. Yang pasti, setiap pihak perlu memainkan peranan agar memastikan langkah tersebut dapat dikuat kuasakan dengan baik.

(dipetik dan diubah suai daripada Titik Tolak Radio Singapura Internasional)

Oleh Cikgu Zaetun Abbas
Sekolah Menengah Sembawang

Nota Lisan 1 :

ISU PEMANASAN BUMI / PEMULIHARAAN ALAM


Hampir segala keperluan asas seharian kita datang daripada sumber bumi; air yang kita minum, udara yang kita hembus, makanan seharian kita, semua merupakan hasil sumber bumi. Dan bumi ini merupakan planet tunggal yang sesuai untuk kehidupan manusia.

Dewasa kini, isu pemanasan sejagat atau ‘global warming’ semakin mendapat perhatian dunia. Ia dibincangkan di pelbagai lapisan dan oleh banyak pihak. Ini memandangkan kesan-kesan pencemaran bumi semakin jelas kelihatan.

Contohnya penghasilan gas karbon yang banyak, telah menyebabkan iklim bumi semakin panas dan tidak menentu. Ini akhirnya mengakibatkan malapetaka yang berlaku seperti banjir, kemarau dan ribut taufan yang menjejas kehidupan seharian serta ekonomi negara.

Penebangan pokok-pokok dan penipisan hutan juga menyumbang kepada pencemaran alam disamping menyebabkan udara menjadi semakin tidak segar. Ini adalah kerana, pokok-pokoklah yang menyedut gas karbon dioksida dan membantu mengeluarkan udara segar oksigen untuk pernafasan kita.

Ternyata pencemaran bumi bukan hanya akan menjejas kesihatan diri tetapi juga kestabilan ekonomi dan keselamatan tempat tinggal kita.

Untuk menangani masalah ini, banyak persidangan telah diadakan baik di rantau ini ataupun di peringkat antarabangsa untuk membincangkan cara-cara menangani isu pencemaran ini. Sekatan-sekatan tertentu juga telah dikenakan terhadap setiap negara untuk mengawal had pelepasan gas berbahaya.

Namun, biarpun sekatan-sekatan itu telah dikuatkuasakan, cara paling berkesan untuk menangani masalah pemanasan sejagat ini adalah dengan setiap daripada kita sebagai individu dunia menyumbang melalui amalan harian kita kepada usaha untuk memelihara bumi serta mengurangkan pencemaran di udara, darat ataupun laut.

Perkara pertama kita boleh memelihara sumber darat. Sebagai contoh mengurangkan pembuangan sisa melalui kitar-semula dan mengurangkan penggunaan beg plastik. Sejauh mungkin gunakan beg yang boleh digunapakai semula untuk membawa barangan ke pasar atau sebagainya. Dan di tempat kerja seberapa boleh kurangkan penggunaan kertas dan elakkan dari mengguna kertas bersaiz besar untuk maklumat yang sedikit.

Perkara kedua adalah dengan memelihara sumber air melalui beberapa langkah seperti menjimatkan penggunaan air sejauh yang mungkin. Contohnya, kita boleh memaksimumkan cucian mesin basuh kita, memastikan tekanan paip air di rumah ataupun pejabat dijaga. Dan dalam menggunakan air untuk berwudhuk sebaiknya kita menggunakan air yang sekadarnya.

Dan perkara ketiga adalah dengan memelihara kebersihan udara melalui pengurangan bahan pembakar dan menggunakan perkakas jimat tenaga di dalam rumah kita. Apabila kita tidak menggunakan alat elektrik di rumah pastikan semua suis yang tidak digunakan dimatikan.

Baru-baru ini, di dada-dada akhbar melaporkan mengenai usaha untuk menangani isu pemanasan sejagat. Antaranya ialah lebih 1000 pemilik rumah telah mengambil langkah-langkah untuk menjadikan rumah mereka mesra alam. Dengan mengambil langkah mengurangkan penggunaan elektrik dan air.

Bahkan usaha-usaha ini bukan baru. Banyak usaha telah dilakukan seperti pembersihan persekitaran pantai, usaha kitar semula dan banyak lagi. Usaha sedemikian harus terus dipelopori dan disokong oleh masyarakat Islam Singapura.

(dipetik dan diubah suai daripada Khutbah Jumaat 8 Jun 2008)


Oleh Cikgu Zaetun Abbas
Sekolah Menengah Sembawang

Tekanan

  1. Apakah perkara yang menimbulkan tekanan dalam diri kamu? Mengapa?
  2. Bagaimanakah kamu menangani tekanan yang kamu hadapi?
  3. Jika seseorang teman kamu menghadapi tekanan, apakah yang akan kamu lakukan untuk membantunya? Mengapakah kamu berbuat demikian?
  4. Tekanan punca kejayaan. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Mengapa?

Pakaian Tradisional

  1. Jelaskan jenis-jenis pakaian tradisional yang terdapat di Singapura.
  2. Bagaimanakah kita dapat melestarikan pakaian tradisional kita?
  3. Mengapakah sesebuah bangsa itu perlu mengekalkan pakaian tradisionalnya?
  4. Pakaian mencerminkan peribadi si pemakainya. Berikan pendapat kamu.

Wednesday, July 2, 2008

Terima Kasih

Cikgu ucapkan Terima Kasih Kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sembawang yang telah mengambil bahagian

Menengah 5 Normal Akademik

Menengah 5A1
SYHELLA BTE SULAIMAN
ABU BAKAR B OMAR
ANUGERAH MUHAMMAD FEBRIYANSYAH

Menengah 5A2
NORHUMAIRAH BTE JUNIADIN
NUR AIDILLAH FITRI BTE MOHD T
SITI AISHAH BTE ALWI
ADI PUTRA B RAHMAT
ESHAQ B ABDUL RAHIM
MOHAMMED SYAFIQ B MOHAMMED S
MUHAMMAD AIDIL B MISDI
MUHAMMAD ASHRAF B AMRAM
MUHAMMAD FAUZI B ROSLI
MUHAMMAD HILMY B MOHAMED I
MUHAMMAD SYAFIQ B MOHD KARIM
SHARIL B SALIM

Menengah 4 Ekspres/Normal Akademik

Menengah 4E1
HAZWANI BTE HAMZAH
NURFATHIAH BTE AMRAN
SALLY BTE MOHD SALLEH
MUHAMMAD FIRDAUS B M SAHARUDIN
MUHAMMAD MUHSIN B MOHAMED S

Menengah 4E2
CYNTHIA CAROLINE BORU HOMBING
ELIZA
NOOR DIYANAH BTE MOHAMAD NOOR
NUR AMIRAH BTE ASMAR AFFANDY
NUR FAREEZAH BTE HARIS
MUHAMMAD SYAFIQ B ZULKIFLI
MUHAMMAD TAUFIQ B MOHAMAD J
MUHD ARSYAD ASLAM B MOHD I

Menengah 4A1
AZIELA BTE AZMAN
HALIMAH BTE ABDUL RAHIM
NAWAL FAEZRA BTE ABDUL RASHID
NUR FAKHIRAH BTE JUMAT
NUR SABRINA BTE RAHIM
NUR SALIYANAH BTE MOHAMED G
SITI AISYAH BTE MASZEMAN

Tuesday, July 1, 2008

Kegiatan Masa Lapang

  1. Apakah kegiatan yang kamu lakukan pada masa lapang?
  2. Jelaskan sebab-sebab kamu memilih kegiatan tersebut.
  3. Apakah jenis-jenis kegiatan yang sesuai diceburi oleh remaja seperti kamu?
  4. Kegiatan yang diceburi oleh para remaja sering mendapat tentangan orang dewasa. Berikan pendapat kamu.

Makanan Antarabangsa

  1. Dalam banyak-banyak makanan antarabangsa yang terdapat di Singapura , yang mana satukah yang paling kamu minati?
  2. Mengapakah kamu meminati makanan tersebut?
  3. Sekiranya kamu mempunyai teman dari luar negara yang datang ke sini, apakah jenis-jenis makanan yang akan kamu perkenalkan kepadanya?
  4. Kepelbagaian jenis makanan merupakan salah satu daya tarikan Singapura. Setujukah kamu dengan pendapat ini?

Sukan

  1. Apakah sukan yang kamu ketahui? Jelaskan.
  2. Nyatakan peraturan dan disiplin yang perlu dipatuhi dalam sukan tersebut.
  3. Terdapat segolongan remaja yang tidak meminati bidang sukan. Bagaimanakah kita dapat menggalakkan mereka untuk meminati bidang ini?
  4. Kerjaya dalam bidang sukan tidak mempunyai masa hadapan cerah. Setujukah kamu dengan pernyataan ini?

Kerjaya

  1. Apakah kerjaya yang kamu idam-idamkan? Mengapa?
  2. Nyatakan cara-cara yang dapat kamu lakukan untuk memastikan bahawa kamu lakukan untuk memastikan bahawa kamu berjaya dalam kerjaya yang bakal kamu ceburi itu.
  3. Apakah yang dapat dilakukan oleh golongan belia untuk mendapatkan kerjaya yang boleh menjamin masa hadapan mereka?
  4. Keluarga lebih penting daripada kerjaya. Setujukah kamu dengan pernyataan ini?