Tuesday, July 1, 2008

Kerjaya

  1. Apakah kerjaya yang kamu idam-idamkan? Mengapa?
  2. Nyatakan cara-cara yang dapat kamu lakukan untuk memastikan bahawa kamu lakukan untuk memastikan bahawa kamu berjaya dalam kerjaya yang bakal kamu ceburi itu.
  3. Apakah yang dapat dilakukan oleh golongan belia untuk mendapatkan kerjaya yang boleh menjamin masa hadapan mereka?
  4. Keluarga lebih penting daripada kerjaya. Setujukah kamu dengan pernyataan ini?

6 comments:

Anonymous said...

Saya masih belum lagi menentukan kerjaya apa yang akan saya memilih.Tetapi sejauh ini,saya ada tiga kerjaya yang saya idamkan iatu menjadi seorang pegawai polis,menjadi seorang pemasak yang terkenal ataupun menjadi seorang Dj.

Saya akur bahawa kerjaya yang saya idamkan bukan senang untuk diperolehi saya.Saya sedar bahawa tanpa pendidikan di singapura,seseorang itu tidak akan ke mana.Untuk berjaya,seseorang itu harus tekun berkerja keras dan tidak mudah putus asa walaupun banyak dugaan yang melandanya.Dia harus menganggap itu sebagai cabaran untuknya mengatasi sebagai batu loncatan dalam hidup.Saya harus bekerja keras dan jangan mudah putus asa.Segala nota-nota dan bimbingan oleh guru saya perlu diutamakan dalam pelajaran agar saya lebih memahami topik-topik yang diajar dengan lebih mendalam lagi.

Belai-belai harus bekerja keras demi masa hadapan yang cerah dan hidup yang senang.Tanpa pendidikan,hidup seseorang itu akan sentiasa susah dan menbebankan.Jadi saya berharap para belia seperti saya tidak akan membuang masa melakukan benda-benda yang tidak mendatangkan sebarang faedah.Luangkan masa untuk mengulangkaji pelajaran daripada membuang masa bersiar-siar sahaja.Jangan pula mula menyesal apabila gagal kerana ia sudah terlambat.

Saya tidak dapat berikan sebarang pendapat untuk soalan ini kerana kedua-dua keluarga dan kerjaya amat penting dalam hidup.Jika seseorang itu tergolong pada golongan miskin,hidupnya pasi penuh dengan kesusahan dan kebebanan.Namun,ini semua dapat diatasi dengan tidak putus asa.Keluarga juga penting kerana banyak kasih sayang yang ada di dalam keluarga itu walaupun hidupnya susah.

Jika seseorang mementingkan kerjaya,hidupnya akan mewah dan tidak ada kesusahan.Duit membuat dunia ini berputar tetapi jika terlalu mementingkan kerjaya,tidak akan ada rasa kasih sayang terhadap keluarga itu.Tetapi mengejarkan kemewahan tidak akan boleh membawa harta-harta itu ketika sesorang itu telah meninggalkan dunia ini.

Tanpa wang dan pendidikan,hidup akan susah.Tanpa rasa kasih sayang,sesorang itu tidak akan rasa dihargai dan akan rasa keseorangan kerana mementingkan kerjayanya.

Anonymous said...

Kerjaya yang saya idamkan ialah menjadi sebagai seorang pengawai polis. Saya ingin memjadi sebagai seorang polis kerana, selama hidup saya melihat seorang pengawai polis berkerja keras dan mempertahankan negara kita dari apa-apa rusuhan atara satu sama yang lain memberi saya inspirasi yang bergitu kuat. Saya ingin menjadi salag seorag pasukan tersebut untuk mempertingkatkan keselamatan kita dan mempertagankan negara kita.

Cara-cara yang saya lakukan untuk memastikan bahawa saya berjaya dalam kerjaya yang bakal saya ceburi ialah, untuk memastikan saya memdapat sijil peringat O saya dengan markah yang memuaskan. Ini karana, untuk memjadi sebagai seorang pengawai polis, kita harus mempunyai sijil peringkat O. Saya juga ingin ke politeknik supaya memdapat pangkat yang lebih baik.

Golongan belia boleh mendapatkan kerjaya mereka yang boleh memjamin masa hadapan mereka apabila mereka berkorban masa mereka semasa waktu sekolah dahulu dengan belajar dan meraih markah yang cermerlang supaya memdapat kerjaya yang lebih tinggi dan juga bayaran yang memuaskan. Dengan sijil peringkat O yang terbaiki, mereka boleh memdapat ke tempatan di dalam politeknik yang mereka ingini dan dari situ ke universiti dan dengan ini, mereka boleh menjamin masa hadapan mereka dengan cerah.

Ya saya setuju keluarga lebih penting dari kerjaya. Ini karana, keluarga akan sentiasa berada di sisi kita. Tanpa keluarga, kita tidak akan mempunayai sokongan yang kita ingini apabila memceburi sesuatu yang ingin kita mencapaikan. Tanpa kerjaya, kita masih mempunyai keluarga yang akan sentiasa menolong kita walaupun menghapi masalah kewangan.

Anonymous said...

Terdapat pelbagai kerjaya yang ingin saya menceburi.



-sambungan-

Anonymous said...

kerjaya yang saya telah lama idam-idamkan ialah berkerja sebagai teknisyen kapal terbang.ia kerana apabila suatu hari nanti,saya melalui perkhidmatan negara,senang untuk saya bertugas di SAF kerana dari situlah saya dapat berkerja tanpa membuang masa untuk mencari kerja dan juga saya amat minat dalam bidang teknisyen tentang kapal terbang.kerjanya sudah tentu tidak senang untuk ditugaskan kerana kita haru mengetahui fungsi-fungsi dan alat untuk membaiki enjin kapal yang mempunyai kekuatan tenaga yang banyak.


Bersambung...

Anonymous said...

Kerjaya yang saya idam-idamkan ialah untuk menjadi seorang ahli usahawan wanita yang berjaya di singapura.Saya amat meminati perindustrian dalam bidang perniagaan.Justeru itu saya ingin mengembangkan lagi perindustrian yang pesat berkembang dan dinamik.Cara-cara yg perdana ialah menpunyai pendidikan yg mencukupi,kesabaran,keimanan dan ketakwaan.Susah tentu apa yang susah itu akan dikecapi dengan berkat usaha,tidak putus asa dan kerajinan.Golongan belia harus ada mentaliti yg sudah saya perkatakan tadi.Mereka harus minat dan menmpuyai matlamat dalam hidup mereka.Saya setuju dengan pernyataan ini kerana tapa sokongan dan berkat dan sokongan dari keluarga kita tidak boleh berjaya dengan cemerlang.

Anonymous said...

Terdapat pelbagai kerjaya yang ingin saya menceburi. Satu daripadanya ialah saya ingin menjadi seorang guru seni melukis . Ini oleh kerana saya sangat minat dalam bidang melukis dan saya ingin mengkongsi bakat saya kepada semua orang supaya bakat yang ada didalam saya, iaitu bakat melukis tidak akan disia-siakan .

Saya tahu bahawa untuk menjadi seorang guru seni melukis, saya mesti lulus dalam subjek seni melukis , subjek inggeris dengan matematik jika saya ingin memasuki sekolah NAFA dan mengambil kursus untuk menjadi seorang guru seni melukis .Sekolah NAFA ialah sekolah seni yang terdapat pelbagai kursus seni seperti melukis, berlakon dan sebagainya .
Di sekolah itulah semua orang-orang yang berbakat disatukan dan menceburi kerjaya masing-masing .Yang dapat dilakukan oleh Golongan belia seperti saya untuk menjamin masa depan kita , ialah kita boleh mencuba bidang-bidang yang tidak pernah kita menceburi dan jika kita sangat minat dalam bidang itu , kita dapat mempelajari bidang itu dengan lebih mendalam kerana jika kita ader minat untuk mempelajari sesuatu yang baru , ia tidak akan menjadi beban untuk kita. Ini oleh kerana kita telah memilih untuk memcuba menceburi kerjaya itu . Dengan ketabahan, kesabaran dan hati untuk belajar , sudah tentu mereka akan dapat menjamin masa depan mereka dengan kerjaya yang telah kita pilih .

Saya setuju dengan tidak setuju mengenai keluara lebih penting daripada kerjaya .
Saya setuju bahawa tanpa keluarga kita disisi , kita tidak dapat sokongan dan kasih sayang yang diingini . Tetapi , jika kita menyatakan bahawa keluarga lebih penting daripada kerjaya , kita hanya menhancurkan kerjaya kita jika kita memikir sedemikian . Ini oleh kerana kerjaya yang telah kita menceburi adalah untuk menjamin masa depan kita .Keluarga kita harus memberi apa jua sokongan untuk apa-apa kerjaya yang telah kita pilih .