Thursday, July 3, 2008

Nota Lisan 2 : KESELAMATAN DI JALAN RAYA

8 Petua Keselamatan Jalan Raya
1. Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

SINGAPURA
Langkah baru LTA(Land Transport Authority) pertingkat keselamatan jalan raya
Tahap perintis berlangsung enam bulan, akan diperluas jika berkesan
By Soraya Salim
EMPAT inisiatif baru telah diperkenalkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya.
Inisiatif tersebut sedang dijalankan di tahap perintis selama enam bulan, dan jika didapati berkesan akan dilaksanakan di lebih banyak lokasi.
Antaranya termasuk sebuah alat paparan elektronik yang menunjukkan pemandu jika mereka melebihi had kelajuan.
Inisiatif 'Tanda Kelajuan Anda' (Your Speed Sign) itu mula dilaksanakan semalam di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menghala ke Changi, di jalan keluar Bedok North Road.
Angka kelajuan di papan tanda elektronik itu akan berkelip-kelip jika pemandu didapati memandu terlalu laju.
Papan-papan tanda itu akan turut dipasang di Tampines Avenue 5 menghala ke jalan masuk PIE (Tuas) dan Ekspreswe Seletar (SLE) menghala ke Ekspreswe Bukit Timah (BKE), di jalan keluar Yishun, pada Julai ini.
Dalam satu sidang akhbar di pejabat LTA semalam, Ketua Unit Kejuruteraan Keselamatan Jalan Raya, Encik Ho Seng Tim, berkata ketiga-tiga lokasi itu merupakan lokasi 'titik hitam' kerana mempunyai kejadian kemalangan yang tinggi.
Satu lagi inisiatif yang bertujuan mengingatkan pemandu untuk mengurangkan kelajuan kenderaan mereka ialah 'Tanda-Tanda Memperlahankan Trafik' (Traffic Calming Markings).
Ini merupakan tanda-tanda putih segi tiga di tepi jalan yang mempunyai kesan memperlahankan kenderaan.
Inisiatif itu telah pun dimulakan Khamis lalu di Eng Neo Avenue menghala ke PIE (Tuas), Bukit Batok East Avenue 5 dan Dairy Farm Road.
Sementara itu, dua lagi inisiatif yang diperkenalkan turut memanfaatkan para pejalan kaki.
Dua ikon tiga segi dicat di jalan raya sebagai peringatan kepada pemandu bahawa terdapat lintasan zebra di hadapan.
Ikon-ikon itu telah dilaksanakan di tiga lokasi pada 1 April lalu.
Terakhir sekali, garisan menyeberang terputus (dashed lines) telah dilaksanakan di Jalan Eunos/Sims Avenue/Sims Avenue East.
Ini akan memberi perbandingan lebih baik dalam membezakan antara kawasan menyeberang pejalan kaki dengan garisan hentian kenderaan.
Mengulas, Ketua Pengarah, Operasi Jalan Raya dan Kerjasama Masyarakat LTA, Dr Chin Kian Keong, berkata:
'LTA sentiasa prihatin tentang peri perlunya memastikan jalan raya kita selamat.
'Sementara kami telah melaksanakan pelbagai alat keselamatan di jalan raya. Inisiatif-inisiatif baru ini adalah untuk memastikan jalan raya lebih selamat lagi.'

Penggunaan Tali Pinggang Keledar Di Bas-Bas Sekolah
Mei 6, 2008

Tidak lama lagi, semua penumpang bas-bas dan van sekolah setempat mungkin akan diwajibkan memakai tali pinggang keledar. Apakah ini akan menjadi satu titik tolak dalam mengubah pandangan masyarakat terhadap keselamatan dalam kenderaan? Encik Ahmad Ibrahim, bapa kepada tiga orang anak, memberikan pandangannya mengenai usulan dalam mewajibkan bas-bas serta van sekolah untuk memasang tali pinggang keledar. Penggunaan tali keledar di dalam bas sekolah mendapat perhatian ramai setelah seorang budak lelaki meninggal dunia apabila tercampak keluar dari van sekolahnya yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Namun, dengan Kementerian Pengangkutan MOT kini sedang meninjau kemungkinan dalam melaksanakan usulan tersebut, sejauh manakah semua pihak yang terlibat akan bekerjasama dalam melaksanakan langkah yang bakal dikuatkuasakan ini? Encik Roslan Kassim, pemilik syarikat pengendali pengangkutan, Magma Transport, yang menyediakan khidmat untuk kanak-kanak pra sekolah di Masjid Al-Iman. Walau bagaimanapun, bagi Encik Ahmad Ibrahim, jumlah peningkatan tambang yuran bas sekolah haruslah berpatutan. Sehingga keputusan muktamad dicapai, pihak berkuasa akan meningkat pendidikan awam untuk menekankan pentingnya kanak-kanak menggunakan tali pinggang keledar apabila berada di dalam kenderaan. Menurut Komander Polis Trafik, Christopher Ng, masih terdapat ibu bapa yang tidak memastikan keselamatan anak-anak mereka semasa di dalam kenderaan. Encik Ahmad Ibrahim, bapa kepada tiga orang anak kecil. Justeru, dengan tidak ramai ibu bapa yang mengutamakan mewajibkan anak-anak untuk menggunakan tali pinggang keledar, apakah tanggung jawab itu harus diletak kepada para pengendali syarikat pengangkutan? Encik Roslan Kassim, pemilik syarikat pengendali pengangkutan, Magma Transport. Namun, bagi Encik Ahmad Ibrahim, ia tetap adalah tanggung jawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka untuk menggunakan tali pinggang keledar sekiranya usulan tersebut dikuat kuasakan. Encik Ahmad Ibrahim, bapa kepada tiga orang anak. Di kalangan negara-negara maju, Singapura mempunyai rekod antara yang paling teruk dalam jumlah kemalangan jalan raya. Dengan satu kemalangan dijangka berlaku pada setiap jam, setiap hari, usulan untuk mewajibkan bas-bas serta van sekolah untuk memasang tali pinggang keledar merupakan suatu langkah pencegahan yang penting dalam memastikan keselamatan anak-anak kita. Yang pasti, setiap pihak perlu memainkan peranan agar memastikan langkah tersebut dapat dikuat kuasakan dengan baik.

(dipetik dan diubah suai daripada Titik Tolak Radio Singapura Internasional)

Oleh Cikgu Zaetun Abbas
Sekolah Menengah Sembawang

No comments: