Tuesday, July 1, 2008

Makanan Antarabangsa

  1. Dalam banyak-banyak makanan antarabangsa yang terdapat di Singapura , yang mana satukah yang paling kamu minati?
  2. Mengapakah kamu meminati makanan tersebut?
  3. Sekiranya kamu mempunyai teman dari luar negara yang datang ke sini, apakah jenis-jenis makanan yang akan kamu perkenalkan kepadanya?
  4. Kepelbagaian jenis makanan merupakan salah satu daya tarikan Singapura. Setujukah kamu dengan pendapat ini?

10 comments:

Anonymous said...

Saya minat makanan barat seperti piza dan pasta.

Saya meminati makanan tersebut kerana ia lain daripada makanan melayu,cina dan india dari segi rasa dan cara memasak.

Jika teman saya datang,saya akan membawa mereka pergi ke tempat-tempat yang menjual makanan yang unik pada singapura,seperti makanan dan kuih-muih tradisional budaya orang singapura.

Saya setuju dengan pendapat ini,ramai orang melancong untuk mencuba makanan orang tempatan.Di Singapura terdapat makanan yang unik pada singapura yang tidak ada di negara lain.

Anonymous said...

Dlam banyak2 makanan antarabangsa
saya paling minati makanpizza kerana saya boleh membuat pizza sendiridan letak bahan2 yang saya suka.

bila saya ada kawan dari luar negeri saya akan ajak dia makan makanan yang tradisional di singapura sebagai murtabak,roti prata ,nasi goreng dan banyak lagi.

ya saya setuju karana si singapura kami makan makanan kaum lain.

Anonymous said...

1) Saya paling meminati makanan Melayu seperti Nasi Lemak, Nasi Aya, Nasi Padang dan berbagai-bagai lagi.

2) Saya meminati makanan tersebut kerana makanan-makanan itu amat enak. Makanan ini mempunyai perasa yang lain daripada lain dan ia adalah dari keturunan saya sendiri.

3) Jikalau saya mempunyai kawan dari luar negera yang akan datang ke Singapura, saya akan memperkenalkan makanan Melayu kerana ia adalah makanan yang saya sangat kenali. Saya yakin bahawa
makanan Melayu jarang dijual di luar Singapura, Malaysia dan Indonesia. Jadi, mungkin kawan saya itu tidak pernah merasai makanan Melayu. Ini juga boleh membuat makanan Melayu lebih terkenal jika kawan saya memberitahu kawan-kawan dan keluarganya tentang makanan Melayu.

4)Saya setuju kerana kebanyakan manusia ini mempunyai sikap ingin tahu. Oleh sebab ini, ramai pelancong akan melawati Singapura untuk memgetahui tentang makanan-makanan yang kepelbagaian ini.

Anonymous said...

Dalam banyak-banyak makanan antarabangsa yang terdapat di singapura yang paling saya minati ialah makanan barat ala italian.Makanan tersebut amat kaya dengan perasanya, protein dan serat diet yang tinggi.Setiap hidangan mempunyai daging yang dicincang dan boleh membuat kita kuat dan sihat.Tetapi,daging tidak boleh dimakan terlalu banyak kerana ia mengandungi banyak lemak dan kolesterol.Sekiranya saya mempunyai teman dari luar negara yang datang ke sini,pertama sekali,saya akan memperkenalkan kepadanya kepada kesemua makanan yang ada di Asia ini seperti makanan tradisonal India,Cina dan Melayu.Ya,saya setuju dengan pendapat ini kerana saya merasa bahawa singapura adalah sebuah negara berbilang kaum.Di sini kita mempunyai pelbagai jenis makanan timur yang dikomprimasikan oleh bangsa india,cina dan melayu.

Anonymous said...

Dalam banyak-banyak makanan antarabangsa yang terdapat di Singapura, saya gemari memakan makanan barat, makanan Jepun, makanan mee Hong Kong da pelbagai lagi. Dari antara makana-makanan yang tersebut, saya amat gemari memakan makanan barat.

Saya amat gemar memakan makanan barat kerana keasliannya yang berbeza daripada makanan tradisional Singapura. Saya ingin mencuba makanan yang baru dikenalkan di Singapura. Jikalau kita mencuba makanan yang berlainan, kita dapat merasakan makanan dan masakan yang tidak mudah didaptai di Singapura. Ada juga diantara makanan-makana barat yang mengandungi khasiat.

Sekiranya saya mempunyi seorang teman dari luar negara yang datang ke Singapura, saya memperkenalkan makanan tradisional Singapura seperti makanan daripada pelbagaian kaum. Saya juga akan mengshorkan memakan makanan yang berkhasiat agar akan selalu menjaga kesihatan.

Saya setuju bahawa kepelbagaian jenis makanan merupakan salah satu daya tarikan Singapura kerana saya dapati bahawa negara Singapura terdiri daripada masyarat yang pelbagai kaum. Ada negara lain yang tidak harmoni dan saya berpendapat bahawa ramai rakyat yang memakan makanan daripada pelbagai kaum.

Anonymous said...

Dalam banyak2 makanan antarabangsa di s'pura, yg paling saya minati ialah makanan barat.

Saya meminati makanan barat oleh kerana ia amat mudah dimasak dan adalah makanan ringan. Ia amat memuaskan apabila dimakan oleh kerana kandungan lemak.

Jika ada teman dariluar negara yg dtg ke sini, jenis2 makanan yg saya akan perkenalkan ada makanan seperti roti prata, lontong dan nasi ayam. sebab2 saya memilih makanan tersebut ialah kerana makanan2 ini adalah dari pada pelbagai kaum. roti prata ialah daripada kaum India, lontong daripada kaum Melayu dan nasi ayam daripada kaum Cina.

Saya amat setuju dgn pendapat tersebut kerana dari pengetahuan saya, tidak kira apa bangsa india, melayu atau melayu, mereka akan tetap mencuba dan memilih makanan dari bangsa lain sebagai makanan kegemaran mereka. di sekolah saya, kawan india saya selalu makan makanan melayu bila waktu rehat. dgn ini org asing tidak akan memandang sepi dengan keunikkan s'pura.

Anonymous said...

Dalam banyak-banyak makanan antarabangsa yang terdapat di Singapura, satu makanan yang paling saya minati ialah makanan dari negari Thailand seperti Tom Yam . Tom Yam mengadungi bahan perasa yang sangat manis dan pedas. Oleh kerana saya suka memakan makanan yang pedas, tom yam telah manjadi makanan kegemaran saya sejak kecil.
Sekiranya saya mempunyai teman dari luar negara yang datang ke sini, saya akan memperkenalkan jenis-jenis makanan dari semua bangsa di Singapura . Seperti bangsa india , makanan yang paling digemari ramai ialah roti prata , thosai dan sebagainya . Bangsa melayu pula, saya akan memperkenalkan makanan Satay . Oleh kerana ramai orang melayu suka memakan satay, saya ingin kongsi keenakan makanan itu dengan teman saya dari luar negara. Saya juga akan kongsi latar belakang mengenai makanan tersebut supaya dia dapat mengetahui bangsa melayu dengan lebih mendalam .
Saya setuju bahawa kepelbagaian jenis makanan merupakan salah satu daya tarikan Singapura kerana dengan pelbagai makanan yang boleh didapati di Singapura, mereka tidak akan berasa jemu untuk memakan makanan bangsa lain . Ramai orang dari luar negara tertarik dengan Singapura kerana singapura terdapat empat kaum yang berlainan seperti melayu, india , cina dan serani . Dengan terdapat pelbagai kaum di Singapura, mereka yang mengunjungi Singapura dapat merasai lebih empat makanan yang berlainan dalam satu negara iaitu Singapura . Oleh itu, saya setuju bahawa kepelbagaian jenis makanan merupakan salah satu daya tarikan Singapura.

Anonymous said...

Dlm bynk2 makanan antarabangsa yg terdapat di Singapura,saya hanya minati nasi lemak.Apa yg membuat saya minati nasi lemak ialah baunya yang amat membuat saya lebih selera untuk makan hingga menjilat jari.Hmm.Yg lebih membuat nasi itu lebih lazat ialah sambal.Nasi lemak ini tidak akan memjadi jika tiada sambal sama seperti kopi dan gula.Tidak lain lagi nasi lemak istimewa yg terdapat di Changi.Kerana saya telah pergi ke tempat lain untuk mencubai nasi lemak dan mendapati di Changi mempunyai gerai makanan menjual nasi lemak istimewa dgn harga yg berpatutan.Walaupun tempatnya jauh tetapi makanannya amat memuaskan,.Ya kerana Singapura telah mendapati gelaran seperti Pesta Makanan.Org yg kunjung ke singapura tidak gagal untuk ke tempat makanan yg terkenal.Dan itulah yg membuat rakyat lain tidak putus2 ke Singapura

Anonymous said...

Dalam banyak-banyak makanan antarabangsa yang terdapat di Singapura, saya paling minati makanan India,seperti Nasi Beryani dan Tulang Merah.Saya meminati makanan-makanan ini kerana ia amat lazat. Hidangan-hidangan ini mengeluarkan bau yang harum setiap kali dihidangkan. Masakan India juga sesuai untuk segala jenis majlis,seperti kenduri.
Sekiranya saya mempunyai teman dari luar negara yang datang ke sini,saya akan perkenalkan makanan daripada semua jenis,seperti masakan Melayu,India dan Cina.Ini disebabkan Singapura amat terkenal dengan semua kaumnya yang hidup dengan aman dan harmoni. Dengan ini,teman saya yang berasal daripada luar negara dapat memahami rakyat Singapure dengan lebih jelas.
Saya setuju dengan pendapat tersebut. Dengan kepelbagaian jenis makanan di Singapura,ia menunjukkan bahawa rakyat Singapura hidup dengan harmoni,tidak kira bangsa atau agama. Tidak seperti sesetengah negara yang lain,Singapura tetap maju walaupun rakyatnya terdiri daripada kaum yang berbeza. Dengan ini,ia menjadi satu daya tarikan di Singapura kerana ia juga menjadi sesuatu yang unik.

Anonymous said...

Dalam banyak-banyak makanan antarabangsa yang terdapat di singapura,saya meminati makanan barat ala italian dan juga makanan jepun.

Saya meminati makanan tersebut kerana cara persiapannya yang amat ringkas dan rasanya yang amat enak sekali.Rasanya juga amat berlainan dengan makanan traditional melayu.

Saya akan memperkenalkannya makanan-makanan seperti makanan melayu,cina dan india.Makanan melayu seperti nasi lemak,makanan cina seperti nasi ayam dan makanan india seperti roti prata.

Ya.Saya setuju dengan pendapat ini kerana walaupun singapura terdiri daripada berbilang bangsa,kami mencuba makanan dari kaum lain untuk merasa kesedapannya.