Thursday, July 3, 2008

Tekanan

  1. Apakah perkara yang menimbulkan tekanan dalam diri kamu? Mengapa?
  2. Bagaimanakah kamu menangani tekanan yang kamu hadapi?
  3. Jika seseorang teman kamu menghadapi tekanan, apakah yang akan kamu lakukan untuk membantunya? Mengapakah kamu berbuat demikian?
  4. Tekanan punca kejayaan. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Mengapa?

2 comments:

Anonymous said...

Perkara yang menimbulkan tekanan dalam diri saya ialah pelajaran dan lebih-lebih lagi peperiksaan.Saya tertekan kerana harus berusaha lebih keras lagi kerana perbezaan antara N dan O amat jauh jaraknya.

Saya memaksa diri saya berusaha dengan tekun lagi dan jangan putus asa dengan mudahnya.

Saya akan ajaknya keluar untuk berjalan-jalan atau bermain bola untuk melegakan tekanan yang dialaminya.Saya berbuat demikian agar dia dapat melegakan tekanan/stres yang dialaminya.

Ya.Saya setuju dengan penyataan ini kerana membuat seseorang tertekan,ia membolehkannya berusaha dengan lebih gigih lagi.Namun,saya juga tidak setuju dengan penyataan ini kerana membuat seseorang itu terlalu tertekan akan membuatnya memikirkan tentang sesuatu yang akan membahayakan diri sendiri seperti membunuh diri dan memotong tangan sendiri.Dengan ini,mereka menganggap tekanan mereka akan lesap.Seseorang itu harus bersedia untuk menghadapi tekanan yang sedikit atau yang keterlaluan dalam kehidupan.

Anonymous said...

Perkara yang menimbulkan tekanan dalam diri saya ialah sekolah dan di rumah . Apa yang menimbulkan tekanan di sekolah ialah mata pelajaran saya yang lemah . Saya akan menjadi tertekan jika saya tidak dapat menyesaikan kerja rumah saya .Kerana saya tidak suka guru memarahi saya kerana saya tidak menghabiskan kerja rumah saya yang telah ditetapkan . Apabila saya tidak lulus dalam peperiksaan , saya akan menjadi tertekan kerana ibubapa saya mesti akan menekan saya untuk belajar dengan lebih kuat .

Cara saya menangani tekanan yang saya hadapi ialah , saya membuat senaman seharian dan itu telah menbantu saya untuk menangani tekanan yang saya hadapi .
Tetapi, bukan itu sahaja cara saya menangani tekanan yang saya hadapi . Saya juga beriadah seperti membuat kerja kemasyarakatan seperti , menolong di rumah orang-orang tua .

Jika seseorang teman saya menghadapi tekanan , saya akan menyarankan aktiviti-aktiviti yang dapat membantunya supaya dia tidak terasa tertekan. Seperti bermain bola kerana ia dapat membantu kita menghilangkan tekanan yang ada pada diri kita . Berjalan-jalan di taman atau di pantai juga dapat tolong menghilangkan tekanan kerana apabila kita menhidu udara yang segar , ia dapat meringankan tekanan yang kita sedang menghadapi .

Saya antara setuju dengan tidak setuju .
Saya setuju bahawa tekanan punca kejayaan . Apabila seseorang itu tertekan , ia dapat mendorong seseorang itu untuk membuat lebih terbaik daripada sebelumnya . Bagaimanapun , saya juga tidak setuju bahawa tekanan bukan punca kejayaan .Ini oleh kerana , jika kita terasa terlalu tertekan , ia dapat mengubahkan fikiran kita kepada negatif. Seperti membuat kerja yang tidak harus dibuat .
Terdapat dalam akhbar bahawa seorang murid terjun dari tingkat tinggi kerana dia berasa terlalu tertekan sehingga tidak dapat berfikiran lurus . Tekanan bukan sahaja bukan punca kejayaan tetapi ia juga dapat membinasakan diri kita .