Tuesday, July 1, 2008

Kegiatan Masa Lapang

  1. Apakah kegiatan yang kamu lakukan pada masa lapang?
  2. Jelaskan sebab-sebab kamu memilih kegiatan tersebut.
  3. Apakah jenis-jenis kegiatan yang sesuai diceburi oleh remaja seperti kamu?
  4. Kegiatan yang diceburi oleh para remaja sering mendapat tentangan orang dewasa. Berikan pendapat kamu.

7 comments:

aziela said...

Kegiatan masa lapang.

-Pada masa lapang, saya gemar melakukan banyak benda yang berfaedah seperti membaca buku ataupun majalah, mendengar lagu, dan juga menonton televisyen.

-Saya memilih kegiatan tersebut kerana ia adalah hobi saya. Contohnya, saya suka membaca kerana ia adalah hobi saya sejak kecil lagi. Selain daripada itu, ia juga sebuah kegiatan yang dapat mendatang faedah yang baik. Jika kami suka membaca, kami dapat membaiki pentuturan dan juga bahasa kita.

-Saya rasa kegiatan sesuai untuk remaja seperti saya ialah kegiatan bersukan. Saya rasa ia amat sesuai kerana selain daripada tidak terpengaruh untuk membuat kerja yang tidak berfaedah, apabila kita bersukan, ia dapat membaiki kesihatan kita.

-Pada pendapat saya, tidak semua ibu bapa akan menentang kegiatan yang ingin dilakukan oleh anak-anak mereka. Jika kegiatan yang ingin dilalukan itu bagus, tidak ada sebab mengapa ibu bapa harus menentangnya. Namun, kadangkala ibu bapa menentang kegiatan yang ingin dilakukan oleh anak-anak mereka kerana kegiatan tersebut mungkin tidak membawa faedah yang baik kepada anak-anak mereka.

aziela,4a1

Diyanah 4e2 said...

1.Pada masa lapang saya,saya akan menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan saya.Saya akan pergi berkelah di tepi pantai bersama keluarga saya dan jika kami tidak kemana-mana,kami akan menonton televisyen bersama.Jika bersama rakan-rakan saya,kami akan pergi membeli-belah di Orchard Road dan pergi makan bersama-sama.Dengan kegiatan begini,saya dapat meluangkan masa bersama orang-orang yang tersayang dan juga mengeratkan tali silaturahim.

Para remaja seperti saya sesuai dengan kegiatan-kegiatan seperti pergi bermain bowling,berbasikal dan juga sukan-sukan seperti bola sepak,badminton dan bola jaring.Dengan kegiatan-kegiatan ini,mereka dapat menenangkan fikiran dan juga menjalankan gaya hidup sihat.

Sally M Salleh 4e1 said...

Setiap kali ada masa lapang, saya lebih suka mendengar radio atau lagu-lagu dan menyanyi. Dengan melakukan kegiatan ini,saya akan berasa tenang. Saya dapat melepaskan tekanan.
Ada pelbagai kegiatan yang sesuai yang boleh dilakukan oleh remaja kini. Kegiatan seperti menceburkan diri sukan atau membuat kegiatan amal yang dianjurkan oleh pihak masjid ataupun pihak sekolah. Remaja akan mendapat manfaat daripada melakukan kegiatan ini. Bukan sahaja badan sihat,mereka akan mendapat pahala juga.=)!
Pada pendapat saya, kegiatan remaja harus ditentang.Namun bukan kesemua kegiatan mereka. Kebanyakan para remaja lebih suka menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak. Ini hanyalah membazir waktu.

Anonymous said...

Kegiatan yang saya suka lakukan pada masa lapang ialah memetik guitar dan juga berjalan-jalan di Esplanade bersama kawan-kawan lepak saya.Saya suka memetik guitar bersama abang dan juga kawan-kawan saya.ia dapat menenangkan fikiran saya dan dapat mengisikan masa lapang saya supaya ia tidak mambuat saya berasa bosan.Berjalan-jalan bersama kawan-kawan juga dapat saya mengenali mereka lebih rapat dan juga dapatmembuat kawan baru .
Jenis-jenis kegiatan yang sesuai diceburi oleh remaja seperti saya ialah membuat kegiatan-kegiatan yang berfaedah,menengkan fikiran dan tidak berasa bosan.Seperti membuat kerja amal(:.,

fakhirah said...

Kegiatan masa lapang yang saya selalu lakukan ialah bersenam.Saya memilih kegiatan itu kerana pada saya kegiatan itu amat mudah sekali.Bersenam juga boleh membuat kita sentiasa sihat.Dengan bersenam juga,kita dapat menghapuskan segala tekanan stres ataupun menghilangkan segala penat lelah;masalah yang kita sedang hadapi.Jenis-jenis kegiatan yang sesuai diceburi olah remaja seperti saya ialah kegiatan yang mudah dan seronok.Kegiatan yang saya maksud ialah seperti bola sepak,membeli-belah dengan rakan-rakan atau bersama keluarga,beramai-ramai pergi berkhelah.Pada pendapat saya ialah mungkin sahaja kita telah membuat salah ataupun kegiatan itu tidak sesuai dengan penampilan ataupun tingkah laku kita.

Anonymous said...

Kegiatan yang saya lakukan pada masa lapang ialah menonton televisyen,mendengar lagu,keluar bersama kawan dan banyak lagi.
Sebab-sebab saya memilih kegiatan tersebut kerana ia boleh menghilang rasa tertekan dan ia tidak membosankan.
Jenis-jenis kegiatan yang sesuai diceburi oleh remaja seperti saya ialah menceburi bidang pengacaraan kerana ia boleh mengajar saya bertutur dengan lebih baik.

hazwani said...

Pada masa lapang, saya suka menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Saya akan pergi membeli-belah bersama keluarga dan saudara-mara. Jika tidak bersama keluarga, saya akan meluangkan masa saya bersama rakan-rakan dengan menonton wayang atau melakukan sesuatu yang dapat menghiburkan kami seperti bermain bowling atau berbasikal. Dengan melakukan kegiatan begini, saya dapat meluangkan masa bersama mereka dan ini akan membuat hubungan kami menjadi lebih erat.

Remaja seperti saya sesuai menceburi kegiatan sukan seperti bola sepak dan hoki. Kegiatan-kegiatan ini dapat menenangkan fikiran mereka dan juga melepaskan tekanan stres.