Monday, May 26, 2008

Lisan 10 : MUZIK

· Apakah jenis-jenis muzik yang kamu tahu?
· Muzik apakah yang kamu gemari? Mengapa?
· Berikan contoh bagaimana nilai-nilai murni boleh disampaikan melalui lagu.
· Muzik menyatukan manusia. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Jelaskan.

Lisan 9 : MAKANAN KEGEMARAN

· Ceritakan makanan-makanan kegemaran kamu.
· Apakah jenis-jenis makanan dan minuman yang harus kita elakkan? Jelaskan.
· Pada pendapat kamu, makanan-makanan apakah yang popular di Singapura? Mengapa?
· Menjaga pemakanan akam menjamin kesihatan. Setujukah kamu dengan pernyataan ini. Mengapa?

Lisan 8 : KERJA SUKARELA

· Terangkan pengalaman kamu membuat kerja sukarela.
· Apakah manfaat yang dapat diraih dengan melakukan kerja sukarela?
· Pada pendapat kamu, bagaimanakah para remaja dapat digalakkan untuk melakukan kerja sukarela?
· Remaja Singapura bersedia menyumbang kepada masyarakat. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Jelaskan.

Lisan 7 : RAKAN

· Ceritakan keistimewaan yang ada pada seorang rakan kamu?
· Mengapakah kemu selesa berkawan dengannya?
· Pada pendapat kamu, apakah ciri-ciri yang harus ada pada seseorang rakan?
· Rakan-rakan lebih mudah diajak berunding daripada ibu bapa. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Jelaskan.

Sunday, May 25, 2008

Lisan 6 : KESIHATAN

· Ceritakan pengalaman kamu ketika jatuh sakit.
· Terangkan cara-cara kita boleh menjaga kesihatan kita.
· Pada pendapat kamu, apakah kebiasaan rakyat Singapura yang boleh menjejaskan kesihatan mereka? Jelaskan
· Kesihatan lebih berharga daripada kemewahan. Setujukah kamu dengan pernyataan ini. Mengapa?

Friday, May 23, 2008

Lisan 5 : BAKAT

· Ceritakan bakat atau kelebihan seseorang yang kamu kenali.
· Apakah bakat atau kelebihan yang ingin kamu miliki. Mengapa?
· Pada pendapat kamu, adakah seseorang itu harus mempunyai bakat atau kelebihan untuk berjaya? Jelaskan sebab-sebabnya.
· Keyakinan diri dapat membantu seseorang mencapai impiannya. Setujukah kamu dengan pernyataan ini. Mengapa?

Lisan 4 : BINATANG KESAYANGAN

· Mengapakah ramai orang suka membela binatang kesayangan?
· Jika diberi kesempatan untuk memilih binatang kesayangan, binatang apakah yang ingin kamu pelihara?. Mengapa?
· Jelaskan sikap yang perlu ada dalam diri seseorang untuk menjadi pemilik binatang kesayangan yang baik.
· Masyarakat Singapura kurang prihatin terhadap binatang kesayangan mereka. Setujukah kamu dengan pendapat ini? Jelaskan.

Lisan 3 : PEMBIMBING DALAM HIDUP

· Ceritakan seseorang yang kamu anggap sebagai mentor (pembimbing) kamu.
· Mengapakah kamu mengggapnya sebagai mentor kamu?
· Apakah yang kamu pelajari daripada mentor kamu itu?
· Manusia lebih mudah mencontohi perbuatan yang tidak elok. Setujukah kamu dengan pendapat ini?. Jelaskan

Lisan 2 : PERKHIDMATAN PELANGGAN

· Ceritakan pengalaman kamu mendapat perkhidmatan yang kurang memuaskan.
· Perkhidmatan yang bagaimana yang kamu anggap baik?
· Mengapakah perkhidmatan yang baik penting?
· Mutu perkhidmatan di Singapura boleh dibanggakan. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Jelaskan.

Lisan 1 : KEGIATAN CUTI SEKOLAH

· Ceritakan cara-cara kamu menghabiskan masa cuti sekolah kamu?
· Apakah kegiatan cuti sekolah yang kamu gemari? Mengapa kamu memilih kegiatan itu?
· Pada pendapat kamu haruskah ibu bapa mengatur rancangan cuti sekolah untuk anak mereka . Mengapa?
· Remaja tidak tahu memanfaatkan masa cuti sekolah mereka. Adakah kamu setuju dengan pendapat ini?

Selamat Bercuti....

Para pelajar yang dikasihi...

Saya dan cikgu Zaetun berharap agar kalian semua memanfaatkan masa cuti sekolah kamu dengan baik.
Di blog ini, cikgu akan senaraikan sebanyak 10 topik lisan. Kamu dikehendaki untuk memilih sebanyak 1 topik lisan setiap minggu dan berikan komen-komen kamu. Pada akhir cuti sekolah ini, kamu telah pun menyelesaikan 4 topik lisan.

Cikgu juga akan muat naik teks bacaan untuk kamu baca pada minggu 2 cuti sekolah nanti. Kamu dikehendaki untuk membaca teks tersebut dan merakamkannya di dalam telefon bimbit kamu. Namakan rakaman kamu itu sebagai Teks#__(Nama Kamu). Setelah itu, kamu dikehendaki untuk menghantar rakaman kamu di emel berikut.

Pelajar Menengah 4 Ekspres, sila emel kepada Cikgu Zaetun di zaetun_abbas@moe.edu.sg

Pelajar Menengah 5 Normal Akademik, sila emel kepada Cikgu Sunita di sunitasaid@gmail.com


Ingat peperiksaan lisan kamu akan bermula pada penggal 3 nanti. Selamat Bercuti.